Tuesday, January 25, 2011

APA ITU PROSTAT

Risalah ini mengandungi jawapan kepada beberapa soalan umum mengenai masalah prostat. Banyak orang mendapati bahawa pengetahuan tentang penyakit yang dialami dapat membantu mereka. Walau bagaimanapun, maklumat ini bukanlah alternatif untuk tidak mendapat khidmat daripada doktor atau jururawat. Sila gunakan maklumat ini sebagai panduan untuk anda bertanya lebih lanjut tentang masalah ini.

Prostat ialah kelenjar seks bagi lelaki. Bagi lelaki dewasa, kelenjar ini biasanya hampir sama besarnya dengan biji walnut. Kedudukannya di bawah pundi kencing, di pangkal zakar dan di hadapan rektum.
Prostat mengeluarkan sebahagian cecair dalam air mani lelaki.
Prostat mempunyai lubang sempit ditengahnya. Tiub (uretra) yang mengeluarkan air kencing dari pundi kencing melalui lubang ini hingga ke hujung zakar.

Bagaimanakah saya tahu jika saya ada masalah prostat?

Masalah prostat adalah biasa bagi lelaki apabila umur mereka meningkat (50 tahun ke atas).
Anda mungkin mengalami masalah semasa kencing. Anda mungkin mengalami beberapa atau semua perubahan yang berikut:
- Sukar untuk mengeluarkan air kencing terutamanya dalam keadaan terkejar-kejar.
- Sukar untuk menghentikan aliran air kencing.
- Mengambil masa kerana aliran air kencing lemah atau sering terhenti.
- Air kencing masih menitis walaupun sudah selesai membuangnya.
- Sering berasa hendak kencing diwaktu siang .
- Sering bangun malam untuk kencing.
- Sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa apabila hendak kencing.
- Berasa tidak puas kencing.
- Sakit atau pedih semasa kencing.
- Kadang-kadang ada darah didalam air kencing. Keadaan ini memerlukan pemeriksaan doktor.

Jika anda mengalami masalah ini, berjumpalah dengan doktor. Jangan hanya menganggap masalah ini sebagai masalah yang berlaku kerana umur anda meningkat. Rawatan yang sesuai dapat menyelamatkan anda.


Apakah yang menyebabkan masalah ini?

Lapan (8) daripada sepuluh (10) kes yang berlaku adalah kerana prostat menjadi bengkak. Prostat yang bengkak ini menekan uretra. Masalah ini dikenali sebagai benign prostatic hyperplasia (BPH) dan ia disebabkan oleh perubahan hormon di dalam prostat. Masalah ini dialami oleh hampir separuh daripada lelaki yang berumur 50 tahun ke atas dan ia tidak menyebabkan kanser.
Ada kalanya prostat menjadi bengkak disebabkan oleh jangkitan yang dikenali sebagai prostatitis yang mempunyai simptom yang sama dengan BPH. Masalah ini selalunya dialami oleh lelaki yang lebih muda.
Kurang daripada seorang dalam sepuluh lelaki yang mempunyai masalah prostat akan mendapat kanser prostat.
Perlu diingat- kebanyakan masalah prostat bukanlah kanser, dan kebanyakannya boleh dirawat.

Apakah kaedah rawatan masalah prostat dan kanser prostat?


Kaedah rawatan bergantung pada punca masalah dan tahap bahaya. Doktor akan memberi nasihat apakah tindakan terbaik yang perlu anda ambil . Jika prostat anda bengkak, ini tidak semestinya anda menghidap kanser.
Benign prostatic hyperplasia (BPH)
Masalah ini dapat diatasi dengan ubat atau pembedahan.
Ubat dapat menukar tahap hormon, merelakskan atau mengecutkan prostat supaya ia tidak menekan uretra. Anda mungkin perlu mengambil ubat untuk beberapa bulan sebelum simptom masalah tersebut berkurangan. Anda perlu terus mengambil ubat sehingga simptom dapat dikawal dan perlu mendapat pemeriksaan doktor.
Pembedahan mungkin dilakukan untuk membuang sebahagian daripada prostat supaya ia tidak lagi menekan uretra. Rawatan laser atau gelombang mikro juga mungkin digunakan.

Prostatisis
Selalunya prostatisis dirawat dengan antibiotik. Anda perlu mengambil antibiotik selama beberapa bulan. Sesetengah pesakit mungkin memerlukan pembedahan untuk
menghalang prostat yang bengkak daripada menekan uretra.

Monday, January 24, 2011

Pembunuh No. 1 Dunia

Beijing, Dalam beberapa dasawarsa terakhir, ancaman dari si pembunuh no 1 dunia belum pernah surut. Tak lagi orangtua yang menjadi sasarannya, generasi yang lebih muda 20 tahun pun kini ikut menjadi targetnya. Bukan virus atau senjata yang membuat si pembunuh datang tapi perilaku hidup yang menentukan.

"Kardiovaskular terus menjadi pembunuh nomor satu dunia dan angka kejadiannya terus meningkat dan hampir separuh kasus yang terjadi ada di kawasan Asia Pasifik," kata Profesor Shahryar A. Sheikh, MBBS, mantan presiden World Heart Federation dalam acara 'Scientific Tutorial for Journalist' yang diadakan Bayer Schering Pharma di Marco Polo Beijing, China, Kamis (17/6/2010).

Data Badan Kesehatan Dunia (WHO) dari kasus kematian yang terjadi di tahun 2005, sebanyak 17,5 juta (30,2%) nyawa melayang karena penyakit gangguan jantung dan pembuluh darah atau kardiovaskular.

Angka kematian akibat kardiovaskular lebih tinggi dua kali lipat dari kematian akibat kanker 15,7% serta gangguan penyakit lain 15,7%. Sedangkan kematian terbanyak akibat virus adalah HIV AIDS 4,9%, Tuberculosis (TBC) 2,4%, Malaria 1,5% dan kasus infeksi lain 20,9%.

Profesor Sheikh menjelaskan dari total 17,5 juta kematian akibat kardiovaskular sebanyak 7,6 juta meninggal karena jantung koroner dan 5,7 juta mati karena stroke.

Penyakit kardiovaskular terdiri dari gangguan yang menyebabkan penyakit jantung (kardio) dan pembuluh darah (vaskular). Profesor Sheikh mengungkapkan gaya hidup seseorang yang akan menjadi penanda apakah berisiko terkena kardiovaskular atau tidak.

Pemicu utamanya adalah tekanan darah tinggi, kolesterolterol tinggi, obesitas (kegemukan), merokok dan kurang bergerak. "Terapi pencegahan sangat penting untuk mengurangi kasus kematian kardiovaskular secara global," kata Profesor Sheikh yang juga menjadi ketua Punjab Institute of Cardiology, Lahore, dan dokter ahli kardiologi di Hospital & Medical Centre, Lahore, Pakistan.

Yang lebih mencemaskan kata Profesor Sheikh, di kawasan Asia penyakit ini banyak menyerang usia muda atau 10 tahun lebih muda dari penderita di negara-negara barat. China mencatat angka penambahan terbesar dari semula 12,8% di tahun 1957 menjadi 35,8% di tahun 1990.

Meski di China penduduknya sangat memperhatikan minuman suplemen kenyataannya 1 dari 4 orang China berisiko terkena kardiovaskular karena perubahan gaya hidup yang drastis. Sedangkan di Indonesia kasus kematian akibat kardiovaskular kurang dari 20%.

Penyakit kardiovaskular terdiri dari 3 bentuk:
1. Penyakit Jantung Koroner, adalah gangguan pembuluh darah ke jantung contohnya seperti serangan jantung (infark miokard), nyeri dada (angina) dan irama jantung tidak normal (aritmia).

2. Penyakit serebrovaskular, adalah gangguan pembuluh darah ke otak contohnya seperti stroke yang terjadi karena sel otak akibat kurangnya suplai darah ke otak dan gangguan yang menyerang sistem iskemik seperti gerakan, rasa, penglihatan dan kemampuan bicara yang hilang.

3. Penyakit vaskular perifer, adalah gangguan pembuluh darah yang menyuplai tangan dan kaki yang terkadang datang dan pergi. Gangguan lainnya seperti sakit karena kram otot kaki.

Profesor Sheikh mengatakan perlu manajemen gaya hidup dari semua orang untuk menghindari ancaman pembunuh nomor satu ini. Sebagian besar penyakit kardiovaskular juga sudah dapat dikendalikan melalui terapi seperti menurunkan tekanan darah atau pencegahan agar darah tidak menggumpal (platelet).

Sayangnya banyak orang yang mengabaikan dan menganggap dirinya selalu sehat dengan terus menjalani gaya hidup yang salah. Gejala awal seperti sakit dan tidak enak di dada, bahu kiri, tangan, siku, punggung atau rahang dianggap sebagai angin lalu. Orang baru akan sedikit sadar jika sudah sesak napas, mual, muntah, keluar keringat dingin, pucat hingga pingsan .


Saturday, January 22, 2011

Apakah penyakit kelamin?

Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui perhubungan seks. Ia juga dikenali
sebagai sexually transmitted disease (STD) atau venereal disease (VD). Organisma
yang menyebabkan penyakit kelamin adalah terdiri daripada bakteria, virus atau
fungus.
Apakah jenis-jenis penyakit kelamin?
Berikut adalah jenis-jenis dan organisma yang terlibat:

STD

Organisma

Gonorea

bacteria Neisseria gonorrhoeae

Sifilis

bacteria Treponema pallidum

Non-gonococcal urethritis (NGU)

Chlamydia trachomatis

Vaginal candidiasis

Candida albicans (fungus)

Genital herpes

Herpes simplex virus type 1 & 2

Genital warts (Ketuat kemaluan)

Human papilloma virus

HIV/AIDS

Human immunodeficiency virus

Hepatitis B

Hepatitis B virus

Trichomoniasis

Trichomonas vaginalis

Bagaimanakah penyakit kelamin merebak?
Penyakit kelamin merebak melalui:
  • Perhubungan seks
  • Berdampingan secara fizikal dengan individu yang telah dijangkiti
Beberapa jenis penyakit kelamin boleh merebak melalui pemindahan cecair badan
(air mani dan cecair dari faraj) daripada individu yang telah dijangkiti
contohnya HIV, Hepatitis B, NGU dan gonorea.
Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan warts
boleh merebak melalui sentuhan kulit. Penyakit sifilis, hepatitis B dan HIV juga
boleh merebak melalui ibu yang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya
ketika dalam rahim atau sewaktu dilahirkan, penagih berkongsi jarum atau
pemindahan darah yang dijangkiti.
Tanda dan Gejala
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit kelamin?
Ia bergantung kepada jenis dan peringkat jangkitan tersebut. Kadang-kala,
pesakit tidak mempunyai sebarang tanda-tanda atau gejala (dikenali sebagai
asymptomatic infection).
Tanda-tanda jangkitan ini ialah:
  • Lelehan daripada kemaluan
  • Sakit semasa kencing
  • Luka atau ulser di bahagian kemaluan
  • Ketumbuhan di bahagian kemaluan
  • Bengkak kelenjar limfa di bahagian pangkal peha
  • Ruam di bahagian kemaluan dan anggota badan
  • Mata berair bagi bayi yang dijangkiti
Diagnosis penyakit kelamin
Bagaimanakah diagnosis atau pengesahan penyakit kelamin dilakukan?
Ujian darah dapat mengesahkan beberapa penyakit kelamin termasuk sifilis,
hepatitis B dan HIV. Ada juga yang dapat disahkan melalui lelehan atau sampel
cecair daripada kulit atau membran mukus.
 
Komplikasi
Sekiranya tidak dirawat awal, jangkitan kuman akan merebak ke organ lain
menyebabkan komplikasi:
  • Bagi lelaki, boleh merebak ke bahagian testis, vesikel semen dan kelenjar
    prostat lalu menyebabkan kesakitan dan kemandulan.
  • Bagi wanita, ia boleh mengakibatkan kemandulan, mengandung luar rahim atau
    jangkitan pelvis.
  • Bagi bayi, jangkitan herpes boleh menyebabkan buta atau terencat akal.
    'Congenital syphilis' di kalangan bayi menyebabkan kecacatan semasa kelahiran.
Terdapat beberapa jenis ketuat kemaluan menyebabkan kanser. Sebanyak 5-10
peratus penghidap hepatitis B menjadi pesakit kronik dan berisiko tinggi untuk
mendapat kanser hati.
Rawatan
Adakah penyakit kelamin boleh dirawat dan disembuh?


Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik, ubat anti-virus atau
anti-parasit. Lebih daripada satu ubat diperlukan untuk merawat dan menyembuh
penyakit kelamin. Tidak semua penyakit kelamin dapat disembuh.
Sesetengah penyakit kelamin boleh dirawat berdasarkan gejala-gejala seperti
ulser di kemaluan, lelehan dari uretra dan faraj. Ia dipanggil sebagai ???
Modified Syndromic Approach'(MSA) yang terdapat di klinik kesihatan
kerajaan.
Rawatan awal boleh mencegah jangkitan daripada merebak dan komplikasi :
  • Dapatkan rawatan segera daripada doktor berdekatan bagi antibiotik yang
    bersesuaian
  • Jauhkan diri daripada hubungan seks sebelum mendapatkan pengesahan doktor
    bahawa anda telah sembuh
  • Jangan ambil rawatan sendiri kerana ia dapat merencatkan gejala jangkitan
    dan menyebabkan komplikasi akibat rawatan tidak lengkap
  • Pastikan pasangan anda mendapatkan pemeriksaan lanjut supaya rawatan awal
    dapat diberikan sekiranya dia dijangkiti.
Pencegahan
Amalkan hubungan seks yang selamat

Penyebaran jangkitan penyakit kelamin dapat dielakkan melalui langkah
berikut:
  • Jauhi diri, jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks
  • Setia kepada pasangan anda.
  • Amalkan hubungan seks yang selamat seperti menggunakan kondom
  • Jauhi diri daripada alkohol sebelum atau selepas hubungan seks kerana ia
    menyebabkan hilang penilaian anda

Ejakulasi Pramatang Masalah Lelaki `Seminit'

Sejak penemuan pil biru yang dianggap ajaib kira-kira lapan tahun lalu, telah banyak yang diperkatakan tentang masalah kesihatan lelaki, disfungsi ereksi (ED).Sebenarnya, banyak lelaki yang kini mengalami masalah lebih serius - malu berjumpa doktor (kerana mungkin menganggap diri mereka tidak macho jika berbuat demikian) - menderitai ejakulasi pramatang berbanding ED.Ejakulasi pramatang lebih popular diungkapkan sebagai PE (premature ejaculation) sahaja.Tidak seperti ED yang lebih banyak ditemui di kalangan veteran, PE merupakan aduan disfungsi seksual paling utama terutamanya di kalangan lelaki muda berusia 40 tahun ke bawah.Malah, lebih ramai lelaki berpelajaran tinggi yang menghidapinya. Lebih menyedihkan, ia turut menjejaskan potensi pasangan untuk mendapatkan zuriat.
Mari kita lihat dan dengar apa masalah sebenarnya dengan gangguan kesihatan lelaki yang satu ini.

``Suami saya mempunyai banyak persamaan dengan superman... kedua-duanya begitu cepat.

``Malah, ia selalunya berlaku sebelum pun sempat saya memasuki bilik tidur.

``Kadangkala, dengan hanya mencakar belakang saya, dia sudah mencapai klimaksnya.

``Ada ketikanya saya merasakan seperti bank sperma sahaja, dia buat deposit dan pergi begitu sahaja.

``Pernah tengok arnab berlari? Mula dan tamat! Macam tulah.

``Saya pernah menyuarakan untuk menemaninya berjumpa doktor, ada sesuatu yang boleh dilakukan berkenaan dengannya.

``Tetapi dia enggan dan hanya tahu meminta maaf serta mengulangi janjinya untuk berusaha lebih di lain masa,'' begitulah lebih kurang kehampaan seorang isteri yang mana suaminya bermasalah PE.

Menurut Pakar Runding Psikiatri Klinikal, Jabatan Perubatan Psikologikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Jesjeet Singh Gill, PE didefinisikan sebagai satu keadaan di mana lelaki memancutkan air maninya terlalu cepat, sebelum masanya.

``Klimaks selalunya mendahului kehendak lelaki itu sendiri mahupun pasangannya sehingga tidak sempat memberikan kepuasan kepada si isteri.

``Tiada piawaian perubatan atau rangka masa tertentu, satu minit sehingga berapa lama sebelum ejakulasi kerana ia bergantung kepada faktor spesifik bagi setiap individu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media menguruskan seksualiti lelaki anjuran Persatuan Andrologi dan Kajian Penuaan Lelaki Malaysia dengan kerjasama Persatuan Psikiatri Malaysia di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Adalah dianggarkan antara 35 hingga 40 peratus lelaki yang mendapat rawatan masalah seksual ada mengadu tentang PE.

Menurut Dr. Jesjeet, terdapat lelaki yang belum lagi memulakan persetubuhan telah keluar air maninya manakala sebahagiannya lagi sebaik sahaja memulakan hubungan seksual tidak sampai seminit.

Kajian menunjukkan, PE paling kerap berlaku di dalam tempoh dua minit selepas penetrasi manakala selebihnya sama ada lebih cepat atau mampu bertahan lebih lama dari itu.

``Sepanjang hidup lelaki, tidak kurang yang pernah mengalami kesukaran untuk mengawal ejakulasinya sehingga menyebabkannya berlaku terlalu awal.

``Keadaan ini terutamanya benar bagi pengantin baru yang mahu melayari bahtera buat kali pertama dengan pasangannya sama ada kerana terlalu bimbang atau terlalu teruja,'' katanya.

Sebilangan besar daripada mereka kebiasaannya dapat menyesuaikan dirinya dalam masa beberapa minggu hingga bulan dengan bantuan psikologi meredakan tekanan.

Bagaimanapun, PE yang berlaku terlalu kerap sehingga mengganggu hubungan suami isteri menandakan satu masalah perubatan.

Doktor lazimnya mengklasifikasi PE kepada primer dan sekunder.

Primer - terjadi apabila lelaki mengalami masalah ini sejak mula melakukan hubungan seks.

Sekunder - mengalami PE setelah menikmati hubungan kelamin yang tidak pernah bermasalah sebelum ini.

Dalam kes tertentu, PE ada kaitannya dengan ED di mana semangat untuk mengekalkan ereksi sebaliknya mungkin berubah corak kepada ejakulasi yang tergesa-gesa.

Dr. Jesjeet berkata, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada PE, lazimnya disebabkan oleh punca-punca psikologi.

``Pakar perintis dalam penyelidikan seksual percaya, corak PE adalah tindak balas yang dipelajari.

``Pengalaman seksual kali pertama seseorang lelaki dipercayai memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat ejakulasi pada masa depan,'' katanya.

Lebih-lebih lagi, bagi lelaki yang mahu lekas menamatkan `permainan' dan mencapai orgasma bagi mengelakkan perlakuan tersebut terbongkar atau diketahui orang lain.Situasi atau tempat yang tidak sesuai (rasa bersalah) seperti di dalam kenderaan, di rumah ibu bapa, mengadakan hubungan intim terlarang dengan bukan pasangan sah atau pelacur, turut menyumbang kepada PE.

Justeru, lelaki berkenaan gagal untuk melambatkan ejakulasinya di kemudian hari.

Dalam pada itu, walaupun tahap hormon tertentu dan sensitiviti (kegelian) berlebihan pada alat sulit lelaki merupakan sebahagian faktor biologi PE.

Ditanya sama ada PE berkaitan dengan penyakit serius lain seperti halnya ED yang ada kaitannya dengan penyakit jantung, PE mungkin menandakan penyakit berkenaan prostat seperti prostatitis.

``Terdapat keadaan tertentu yang boleh mengganggu proses ejakulasi seperti perubahan kelenjar prostat, arteriosklerosis, diabetes dan gangguan neurologi.

``Apa pun, kebanyakan masalah PE adalah berpunca daripada masalah psikologi yang menyebabkan kegagalan mengawal tindak balas ejakulasi,'' ujar Dr. Jesjeet.

Dialog seperti di bawah merupakan satu senario biasa bagi pasangan yang menghadapi masalah PE apatah lagi jika si suami berdegil tidak mahu menjalani pemeriksaan lanjut.

``Abang mementingkan diri sendiri, hanya memikirkan keseronokan seorang sahaja.''

Si suami akan terus meminta maaf dan berasa serba kekurangan kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna tetapi dalam masa yang sama, tidak mahu berjumpa doktor.

Dia mula berasa bimbang dan takut: ``Adakah aku mampu memberikan kepuasan kepada pasangan, adakah aku akan dimalukan?''

Cumbuan dan sentuhan agak terbatas sebelum memulakan perhubungan jenis kerana lelaki bimbang menjadi terlalu terangsang lantas mempercepatkan ejakulasi.Lama-kelamaan, lelaki akan mengelak daripada melakukan hubungan kerana bimbang gagal dan akhirnya suasana tidak mesra terbawa-bawa di luar bilik tidur juga.Cubaan untuk melambatkan ejakulasi di samping kebimbangan yang menjadi-jadi juga mungkin akan menimbulkan masalah lain pula kepada suami - langsung tiada ereksi.Tidak mustahil, pasangan akan menuju keruntuhan rumah tangga serta berdepan masalah hubungan sulit.Dari segi rawatannya, kata Dr. Jesjeet, pesakit biasanya akan diberikan kaunseling dan terapi tingkah laku pada peringkat awal.

Antara teknik yang biasa diamalkan oleh pesakit PE adalah:

* Meningkatkan daya ketahanan dengan mengekalkan ereksi walaupun telah mencapai ejakulasi

* Mengurangkan rangsangan mental dengan menumpukan minda terhadap perkara-perkara membosankan sambil mengawal pergerakan alat sulit supaya dapat melengah-lengahkan masa daripada mencapai klimaks awal

* Menggunakan bahan penggosok yang dapat mengebaskan zakar menyebabkannya menjadi kurang sensitif, seterusnya melambatkan ejakulasi

* Bersetubuh selepas suami beronani dan melakukan persetubuhan selepas mencapai ereksi kedua, sekali gus memanjangkan masa agar isteri mencapai orgasma

* Teknik picit; isteri membantu suami mengawal ereksi dengan memicit zakarnya ketika mahu mencapai klimaks

* Teknik henti-mula; suami menghentikan pergerakan zakar dalam faraj dan isteri tidak mengemut.

Jika masih gagal, ubat antidepresen bagi mengubati kemurungan iaitu serotonin specific reuptake inhibitors (SSRI) yang dikenal pasti melambatkan ejakulasi dapat membantu.Bagaimanapun, ubat-ubatan berkenaan yang perlu diambil pada setiap hari bagi meningkatkan tahap keberkesanannya mempunyai kesan sampingan tersendiri.Dr. Jesjeet menegaskan, paling penting dalam merawat permasalahan ini mahupun lain-lain gangguan seksual adalah komunikasi berkesan antara kedua-dua pasangan kerana ia bukan kehendak sesiapa.

``Walaupun sesetengah orang menganggap seks bukanlah elemen terpenting dalam menjamin sesebuah perkahwinan tetapi hakikatnya, ia tetap penting,'' tambahnya.

Friday, January 21, 2011

Apakah itu Rheumatoid Arthritis


 

Quantcast
rheumatoid arthritis affecting hands HARI ini saya ingin berkongsi satu lagi maklumat baru buat semua pembaca. Sudah lama tidak menulis tentang kesihatan. Ya, pernah dengar rheumatoid arthritis? Ha, mungkin ada yang telah biasa mendengarnya. Buat yang pertama kali menerima ungkapan ini, mari kita ambil tahu. Apa itu rheumatoid arthritis?
Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit ini.
Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.
Apa punca penyakit ini? Punca utama penyakit ini masih belum dikenal pasti secara tepat. Namun, kebanyakan teori mengaitkannya dengan tindak balas autoimun. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.
Bagaimana mahu mencirikan penyakit ini ya? Terdapat beberapa kriteria dan simptom yang boleh dikenal pasti untuk mengesahkan penyakit rheumatoid arthritis. Tanda-tanda awal ialah di mana berlakunya pembengkakan pada membran sinovial (synovial membrane) dan tisu penyambung.
Pesakit biasanya akan mengalami sakit pada tiga atau empat sendi terutamanya pada sendi-sendi tangan, kaki dan pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun dari tidur. Ciri ini akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua belah anggota badan (symmetrical affection). Penyakit  akan berlanjutan sekurang-kurangnya kira-kira enam minggu.
Diagnosis juga boleh dilakukan dengan melakukan beberapa siri ujian. Ujian rheumatoid factor kebanyakannya didapati positif disamping meningkatnya juga nilai C-reactive protein (CRP) dan erythrocyte sedimentation rate (ESR), Sinaran x (x-ray) yang dijalankan juga mendapati berlakunya hakisan (erosions) pada sendi dan bahagian tulang yang terlibat.
x-ray ke atas pesakit normal dan pesakit rheumatoid arthritis
Macam mana pula dengan kesannya penyakit ini terhadap organ-organ lain? Ya, rheumatoid arthritis juga biasanya mengakibatkan kekeringan mata (keratoconjunctivitis sicca) disamping munculnya nodul-nodul pada bahagian anggota yang biasa dikenakan tekanan (extensor surface). Pada sesetengah kes, organ-organ lain seperti paru-paru dan jantung juga akan terlibat sama.
Baiklah, bagaimana pula dengan langkah merawatnya. Langkah paling mudah ialah banyakkan berehat. Lakukan latihan fisioterapi. Ubat-ubatan juga boleh diambil mengikut arahan doktor. Kebiasaannya ubat yang diberi ialah analgesics dan non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) bagi melegakan simptom-simptom penyakit. Kaedah pembedahan akan dilakukan selepas langkah lain seperti ubat-ubatan yang diambil tidak berkesan.
Mengikut Peter C. Lanyon, Consultant Rheumatologist, University Hospital, Queen Medical Centre Nottingham, UK, sebanyak 40% pesakit akan dikategorikan sebagai mengalami kelumpuhan atau cacat anggota dalam masa 3 tahun. 80% pula akan mengalami kelumpuhan tahap sederhana dan teruk dalam masa 20 tahun.
Selamat membaca. Semoga semua beroleh manfaat bersama.

Tips Mengurangkan Stress

Tahukah anda stres atau tekanan boleh menyebabkan kenaikan berat badan? Apabila anda mengalami tekanan, badan anda akan menghasilkan hormon kortisol yang lazimnya akan meningkatkan keinginan anda menjamah makanan tinggi gula dan lemak. Jangan risau! Anda boleh mengelakkan penghasilan hormon kortisol dengan mengatasi stress yang dialami dengan 6 tips berkesan.

1. Teknik pernafasan- Senaman yang melibatkan pernafasan seperti tai chi dan yoga boleh membangkitkan rasa tenang dan mengurangkan hormon stres. Bagi anda yang tiada masa untuk mengamalkan senaman, cuba luangkan 5 minit saja sehari untuk tarik nafas dalam-dalam perlahan-lahan dan lepaskan semula nafas perlahan-lahan. Insya Allah, anda akan berasa tenang.

2. Senaman – Bagi sesetengah orang (termasuk saya), perkataan senaman merupakan sesuatu yang formal dan memenatkan sehingga menyebabkan kita menghindarinya. Sebaliknya, cuba fikirkan senaman sebagai aktiviti fizikal atau pergerakan yang menyeronokkan seperti bermain bersukan dan berkebun. Libatkan anak-anak dan suami supaya aktiviti fizikal anda lebih bermakna di samping menggalakkan ahli keluarga bersenam. Luangkan 15-30 minit sehari sahaja sudah mencukupi untuk membakar kalori anda, bahkan juga membantu anda melawan segala hormon stres yang tidak diingini.

3. Makan ikut masa – Bagi masyarakat kita, makan 3 kali sehari sudah mencukupi. Sebaliknya, pertimbangkan 5-6 kali hidangan kecil yang lengkap dengan protein dan karbohidrat supaya gula dalam darah stabil dan pengeluaran hormon stres dapat dielakkan. Anda akan mendapati tahap tenaga paling tinggi apabila anda mangambil makanan setiap 2-3 jam. Tapi INGAT! Ambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan kurang lemak dan gula dalam kuantiti yang berpatutan. Bak kata sunnah nabi, berhenti sebelum kenyang. Nescaya stres berkurangan, badan sihat dan pahala pun dapat kerana mengikuti sunnah nabi.

4. Tidur yang mencukupi – Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa tahap hormon kortisol meningkat apabila individu kurang tidur. Hormon kortisol yang tinggi menyebabkan keinginan terhadap makanan tinggi gula dan lemak juga meningkat di siang hari. Keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan mengalami stres dan juga risiko yang tinggi untuk peningkatan berat badan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Jangka waktu tidur yang mencukupi berbeza bagi setiap individu. Anda tahu anda cukup tidur apabila anda bertenaga dan bersemangat sepanjang hari. HATI-HATI! Jangan terlebih tidur! Terlebih tidur akan membuatkan anda berasa lesu dan lemah.

5. Elakkan kafein, rokok dan alkohol – Pastikan anda tidak merokok serta mengambil kafein dan alcohol. Berdasarkan American Institute of Stress (AIS), ketiga-tiga faktor ini akan meningkatkan tahap kortisol, sekaligus menyebabkan stres dan kelaparan serta menurunkan paras gula dalam darah.

6. Ambil vitamin dan mineral – Banyak kajian yang telah membuktikan stres boleh menyebabkan penurunan vitamin dan mineral yang penting dalam badan. Sebanyak 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari disyorkan untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh anda. Bagi saya, pengambilan suplemen atau multivitamin lebih mudah kerana untuk memenuhi 9 kali hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran akan menyebabkan saya mengalami tekanan juga! Dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan supaya anda mengambil suplemen yang bersesuaian dengan keperluan badan anda.

Dengan mencuba tips di atas, anda akan berasa lebih tenang dan sihat!

Friday, November 12, 2010

                                                                                                                                                                                                   The ArrivalsThe Arrivals adalah siri video pendek yang bertujuan untuk menunjukkan kepada kita semua tanda keagamaan yang membuktikan dasar dari semua keperluan untuk kewujudan Anti-Kristus, Al Mahdi dan kedatangan kedua Kristus. Setiap episod membuktikan stetmentnya.
Siri menumpukan pada yang sangat asas membahagi Muslim-Yahudi dan pergi ke zaman dahulu Yesus Kristus. Filem ini mengambil bantuan dari Quran Suci, Alkitab dan Taurat. Setiap tuntutan ini disokong oleh fakta-fakta yang didokumentasikan dengan baik dijelaskan dalam siri.Siri ini juga membawa teori konspirasi banyak cahaya yang lazim hari ini. Ini analisis munculnya tatanan dunia baru dan motif dari kumpulan yang ingin untuk dipraktikkan.Siri ini tidak hanya Tertumpu untuk muslimin tetapi merupakan jemputan untuk kebenaran seluruh umat manusia. Siri ini tidak untuk menyebarkan sudut pandang muslim tentang hal-hal yang agak menyokong tuntutan dari kitab suci bersama oleh orang-orang Yahudi dan Kristian.Siri ini bertujuan untuk membersihkan salah faham antara Muslim dan barat dan menilai dasar membahagi ini.Siri ini menggunakan bahasa Inggeris untuk  menyampaikan mesej kepada Orang Barat. Jika mereka mendekati kebenaran, dapat membentuk gambaran yang jelas dan menakjubkan tentang Islam dan Timur Tengah. Para Kedatangan hanya melakukan hal itu dengan menggunakan gaya yang ramah dan membuka mata untuk para pencari kebenaran.Pekerjaan Terinspirasi oleh Hashemsfilms dan Kursus Kata-Kata dari Al-Quran , 
Kitab Suci( Injil ), dan Taurat, 
The Arrivals adalah Produksi Bersama dengan Truthseekers Noreagaaa dan AchernahrSiri ini tidak mempunyai hak cipta jadi anda bebas untuk Mengedarkan kepada sesiapa sahaja sehingga mesej keamanan dan kebenaran boleh disebarkan/disampaikan kepada umat manusia.