Rahsia Awet Muda
Pernahkah anda terbayang bagaimana rasanya kalau anda menemui pancuran kemudaan (fountain of youth, betulkah terjemahannya?) setelah bertahun-tahun mengembara mencarinya. Saya tidak janjikan untuk memberikan anda air dari pancuran itu, tetapi apa yang saya akan bincang di sini rasanya tidak lari jauh.Ya betul, anda boleh mendapat awet muda sekiranya anda sanggup melakukan perubahan untuk melawan proses penuaan. Tiada apa yang misteri berkenaan proses penuaan. Ia disebabkan oleh kemerosotan sel. Tubuh kita terbentuk dari berjuta-juta sel tersebut, yang masing-masing mempunyai jangka hayat selama dua tahun atau kurang. Sebelum sel tersebut mati, ia membiak. Sel baru mengalami perubahan yang pada asasnya, berlaku kemerosotan. Jadi bila sel kita bertukar, merosot, kita jadi tua.
Dr. Benjamin Frank mendapati bahawa sel yang mengalami kemerosotan boleh diremajakan semula jika diberikan bahan yang boleh menyuburkannya secara langsung, bahan seperti asid nukleid. Walaupun badan kita mengeluarkan asid nukleid, namun ianya tidak memadai. Bekalan dari luar diperlukan untuk melambatkan proses penuaan atau pun mengundurkannya.
Makanan yang kaya dengan asid nukleid adalah gandum tulen (wholemeal), bran, bayam, asparagus, cendawan, ikan, hati ayam, tepung oat dan bawang besar.
Penemuan terbaru dalam menangani proses penuaan adalah pengambilan makanan yang mengandungi anti-oksidan. Anti-oksidan yang kita biasa dengar dan ambil hari-hari ialah Vitamin C, Vitamin E, Selenium dan Karotena Beta. Ianya boleh diperolehi dari buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Anti-oksidan yang terkuat ialah antosianin; ia boleh diperolehi dari beri acai (sumber terkaya), blueberry, elderberry, delima, anggur merah dan beberapa jenis buah yang lain. Anti-oksidan yang lain ialah dari keluarga flavonoid; boleh diperolehi dari buah-buahan dan sayur-sayuran seperti elderberry, anggur merah, anggur ungu dan kobis ungu; Seterusnya ialah tanins; boleh diperolehi dari delima, teh hijau, pisang kaki, cranberry, strawberry dan blueberry. Selain dari yang disebut di atas, terdapat beberapa jenis anti-oksidan lain seperti Co-Q10 dan glutation.
Anti-oksidan membantu tubuh melawan serangan radikal bebas, molekul pemusnah yang merosakkan sel sihat dan juga menyerang kolagen (simen yang mencantumkan sel).
Dalam Persidangan Anti Penuaan yang diadakan beberapa tahun dahulu (saya lupa tahunnya), disimpulkan bahawa proses penuaan dapat diperlambatkan sekiranya kita mempunyai sistem imun yang optimum.
DatoĆ¢€™ Dr. S Harnam, Presiden Persatuan Perubatan Anti Penuaan Malaysia, dalam artikel yang disiarkan di dalam Anti-Aging Medical Therapeutics, Vol. 5, terbitan American Academy of Anti-Aging Medicine (2003) menyatakan penuaan disebabkan oleh kepupusan (atrofi) dan kerosakan sistem imun.
Nah, sekarang anda sudah tahu rahsianya. Ia mungkin berbeza dengan petua yang anda ketahui. Walau apa pun, masih tidak terlewat untuk anda menterbalikkan balang waktu dan memulakan pengembaraan anda.
Selamat Berjaya.
No comments:
Post a Comment