Wednesday, December 2, 2009

Kuiz Menghibur..hehehehe

Soalan1;
banyak-banyak air,
air apa yang paling berani?
jawapan; Air Terjun.


Soalan2;
Ada 20 ekor babi di dalam sebuah lori......dalam perjalanan ke pusat penyembelihan....
lori pergi ke stesen minyak...
dua ekor babi tak tahan bau diesel lalu mmelompat,,,,..seterusnya...lori itu berhenti di lampu isyarat....
seekor babi melompat kerana tidak sabar menuggu...
berapa ekor babi yang tinggal.....???????
jawapan; 20 ekor babi juga sebab dia melompat-lompat dalam lori jee..hehehehehe,,,
(kat malaysia kan bawa babi dalam sangkar) hahaha


soalan3;
Dalam banyak-banyak lembu,
lembu apa ka yang orang suka cari??
jawapan; lembu yang hilangg laaa,,, kalau tak hilang orang tak kan cari punya..hek hek hek...

makanan tradisi sabah

Hinava Tingii - Tongiri
Bahan-Bahan :




  • 2 ½ kati isi ikan tingii (tongiri) yang telah dibuang tulang-tulangnya.








  • 1 ½ cawan jus limau nipis








  • 4 – 5 camca besar biji bambangan yang telah diparut dan dikeringkan








  • 2 inci peria yang telah dihiris halus (dicuci dengan garam sekali)








  • 4 – 5 cili merah dihiris halus








  • Garam secukup rasa 









  • Cara Menyediakan :
    Campurkan kesemua bahan-bahan dalam satu mangkuk dan gaul dengan rata.Biarkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.
    Perhatian :
    Hidangan ini tidak perlu dimasak, oleh itu bahan-bahan yang disediakan mestilah segar dan telah dibersihkan.


    Hinava Udang

    Bahan-Bahan :




  • 1 Kati udang segar  (saiz sederhana )








  • 1 cawan jus limau nipis








  • 4-5 chili merah dihiris








  • 6 pulas bawang merah dipotong berbentuk gelang








  • Garam secukup rasa 







  • Cara Menyediakan :
    Buangkan kulit dan kepala udang. Cuci dengan sempurna. Belah udang dari kepala ke ekor. Masukkan udang kedalam basin dan perap dengan garam selama 1 minit.Tuang jus limau nipis pada udang dan campurkan bahan-bahan yang lain.Biarkan selama 10 minit sebelum dihidang.

    Perhatian :
    Hidangan ini tidak perlu dimasak, oleh itu bahan-bahan yang disediakan mestilah segar dan telah dibersihkan.


    Tuhau



    Bahan-Bahan :




  • 1 kati tuhau








  • 1/2 cawan jus limau nipis atau cuka








  • 2-4 bawang merah yang dihiris halus








  • 2– 3 cili merah dihiris halus








  • Garam secukup rasa







  • Cara Menyediakan :
    Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan bahan-bahan yang lain.


    Bambangan




    Bahan-Bahan :




  • 5 biji buah bambangan








  • 4 biji bambangan








  • Garam secukup rasa







  • Cara Menyediakan :
    Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.




    Noonsom Sada

    Bahan-Bahan :




  • 1 kati ikan air tawar








  • 15 biji buah pangi yang kering








  • 3 cawan nasi putih yang sejuk








  • 6-8 sudu Garam 







  • Cara Menyediakan :
      Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam.Campurkan kesemua bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sehingga boleh dimakan.


    Pinaranas Sada ( Makanan Lotud-Tuaran)




    Bahan-Bahan :




  • 400g ikan bakar (dipotong mengikut suka)








  • 100g buah bambangan muda (dihiris)








  • 1 liter air








  • Garam secukup rasa 





  • Cara Menyediakan :
    Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan buah bambangan dan ikan bakar. Biarkan mendidih selama 15 minit . Campurkan perasa dan hidangkan ketika masih panas.


    Daeng Semur ( Makanan Bajau-Petagas) 




    Bahan-Bahan :




  • 1 kg Ikan Tenggiri








  • 1 cawan kelapa parut (digoreng sehingga ke kuningan dan ditumbuk halus)








  • 1 cawan santan (diperah dari 1/2 kelapa parut)








  • 5 ulas bawang putih








  • 2 bawang merah








  • 10g lengkuas








  • 2 batang serai








  • 2 sudu besar serbuk jintan hitam








  • 2 sudu besar serbuk jintan putih








  • 2 inci kayu manis








  • 1 kuntum cengkih








  • 1 kuntum bunga lawang








  • 1 sudu besar gula








  • 3 sudu besar air asam jawa








  • 3 cili merah (dihiris)








  • 2 sudu kecil garam








  • 3 sudu kecil minyak masak 





  •  
    Cara Menyediakan :
    Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan-bahan yang dipotong hingga wangi. Masukkan jintan hitam, jintan putih, bunga lawang, cengkih dan kayu manis. Goreng diatas api sederhana selama beberapa minit sebelum mencampur santan, gula, garam dan air asam jawa. Biarkan mendidih selama 2 minit. Campurkan ikan, kelapa parut yang digoreng, cili dan bahan perasa. Masak sehingga kering. Kemudian keluarkan dan hias dengan bawang goreng.



    Kima ( Makanan Bajau-Semporna)
    Bahan-Bahan :




  • 1 kg Kima








  • 4 bawang merah








  • 5 ulas bawang putih








  • 2 suduteh serbuk kunyit








  • 3 lada merah besar








  • 3 inci halia








  • 4 sudu besar minyak masak








  • 400ml air








  • Garam secukup rasa







  • Cara Menyediakan :
    Basuh dan bersihkan Kima dan celur dengan air panas untuk membuang bau. Potong kepada saiz yang dikehendaki. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi. Campurkan Kima dengan perasa. Hidangkan ketika masih panas.

    Otak-otak Udang ( Makanan Sungei-Kinabatangan)
    Bahan-Bahan :




  • 400g Udang air tawar (dibuka kulit dan dicincang halus)








  • 1 cawan kelapa parut








  • 5 cili merah (dipotong)








  • 1 sudu besar lada putih








  • 6 bawang








  • 10g halia








  • 2 batang daun bawang (dipotong)








  • 2 batang daun saderi (dipotong)








  • 1 cawan minyak masak








  • garam secukup rasa 





  • Cara Menyediakan :
    Giling udang dengan kelapa parut, bawang merah, bawang putih dan halia. Campurkan garam, lada putih dan bahan perasa. Gaulkan dengan senduk kayu. Ambil satu sudu besar campuran ini dan jadikan bebola. Goreng sehingga garing dan kekuningan.

    Piaren Ah Manuk ( Makanan Iranun- Kota Belud) 


    Bahan-Bahan :




  • 1.5kg Ayam (dipotong kepada 8 ketul)








  • 3 cawan Santan (dipecah dari 1 biji kelapa parut)








  • 10 sudu besar kelapa parut (ditumbuk)








  • 8 cili putih (dibuang biji dan dipotong)








  • 2 batang daun bawang (dipotong kepada 1 inci)








  • 3 batang Serai (dititik)








  • 1 bawang besar








  • 6 sudu besar minyak masak








  • Garam dan bahan perasa 







  • Bahan-Bahan yang Ditumbuk :




  • 6 biji bawang merah








  • 3 ulas bawang putih








  • 2 inci kenyit hidup








  • 10 biji cili merah 





  • Cara Menyediakan :
    Panaskan minyak didalam belanja dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk dan bawang sehingga kekuningan. Masukkan ayam, serai dan kelapa parut yang ditumbuk. Gaulkan dengan sempurna. Kecilkan api dan campurkan santan, garam dan bahan perasa. Masak sehingga pekat. Masukkan daun bawang dan cili putih. Masak sehingga pekat. Masukkan daun bawang dan cili putih. Gaulkan dan biarkan mendidih selama 2 hingga 3 minit. Kemudian bolehlah dihidangkan.

    Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa

    Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.
    Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

    Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

    "Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

    "Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

    Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

    Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu sebagai tidak masuk akal.

    Katanya, perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS.

    "Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan PAS berpecah tetapi kita bersyukurbkerana apa yang PAS tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (PAS) sendiri.

    "Mereka (PAS) tuduh Umno menimbulkan perkara yang boleh pecah belahkan PAS, kita (Umno) yang lagakan pemimpin mereka, tetapi bila kita sabar dalam cara kita bawa diri kita, akhirnya tuhan tunjukkan mereka yang terkena tempias mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban Umno Bahagian Sembrong dan pembasmian kemiskinan Giat Mara, di Kampung Contoh, dekat Kahang, di Kluang hari ini.

    Bernama-.