Thursday, December 3, 2009

"SaiZ" janjikan kepuasan?

RATA-RATA perempuan berangapan bahawa lelaki yang mempunyai susuk badan yang sasa, besar dan tinggi turut mempunyai kelebihan DARIPADA ANGGOTA SEKSNYA IAITU PENIS???
Mitos bahawa lelaki tinggi mempunyai penis yang lebih panjang berbanding dengan lelaki rendah tubuhnya juga adalah DUSTA..






Pada tangapan umum, saiz tubuh akan melambangkan saiz penis.
Jika tubuhnya besar, maka penisnya harus turut besar. Begitu juga jika lelaki itu tinggi, maka umum mengandaikan penisnya mesti panjang. Malah lelaki bertubuh besar dianggap sebagai pemain seks yang hebat dan mampu memberi kepuasan kepada pasanganya..?
Namun realitinya tidak sebegitu. Tanggapan tersebut hanyalah satu MITOS sahaja. Sebaliknya berdasarkan kajian terperinci pakar-pakar sains khususnya yang terlibat dalam kajian seks mendakwa saiz tubuh tidak melambangkan saiz penis ataupun kehebatan belayar di renjang.
MITOS bahawa lebih besar tubuh lelaki itu, lebih besar penisnya adalah dusta sama sekali. Menurut seorang ahli anatomi terkemuka,
George Piersol, saiz tubuh tiada kena mengena dengan saiz penis khususnya semasa penis teransang lantas menegang.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh ahli anatomi tersebut, seorang lelaki yang mempunyai berat badan 92kg sebenarnya mempunyai saiz penis yang lebih kecil jika dibanding dengan lelaki yang hanya mempunyai berat badan badan 55kg sahaja.
MITOS bahawa lelaki tinggi, mempunyai penis yang lebih panjang berbanding dengan lelaki rendah tubuhnya juga adalah dusta. berdasarkan kajian saintifik, lelaki yang mempunyai 180 cm sebenarnya mempunyai saiz penis yang lebih pendek jika dibanding dengan lelaki yang hanya berukuran 150 cm sahaja.
Begitu juga dengan mitos bahawa lelaki bertubuh besar adalah teman yang hebat dan mantap di renjang berbanding dengan lelaki bertubuh kecil. Dakwan ini sama sekali palsu kerana menurut Dr. Peter Dickinson, saiz penis untuk lelaki bertubuh besar mahupun kecil tidak menjanjikan kepuasan dan nikmat kepada pasangannya ketika berasmara.
Apa yang lebih utama dalam memberi kenikmatan dan kepuasan kepada pasanganya ialah ketahanan dan cara pelayaran itu dilaksanakan oleh lelaki tersebut. Jika hanya baru belayar seminit tetapi sudah ejakulasi, tidak berguna walaupun bertubuh sasa. Adalah lebih bererti bertubuh kecil namun mampu belayar sehinga sampai ke pelabuhan bersama pasangan.
Dakwan lelaki bertubuh besar lebih ganas dan kasar berbanding dengan lelaki bertubuh kecil semasa melakukan hubungan seks juga hanyalah satu mitos sahaja. Sebaliknya lelaki bertubuh kecil mungkin lebih lincah dan aktif semasa melakukan seks bersama pasanganya. Tubuh kecil menyenangkan pergerakan malah lebih ringan untuk melakukan pelbagai aksi dan cara berbanding dengan tubuh bersaiz besar.


Jangan terkejut dengan kenyataan ini..
Namun itulah realitinya, Lelaki bertubuh sasa, besar dan  tinggi belum pasti merupakan teman hebat ketika di renjang. Jangan sama sekali memperlecehkan lelaki bertubuh kecil kerana ia mungkin kecil tapi kecil- kecil cili api, makin kecil makin berapi..WAHH!!!!!!!!!!!!