Saturday, January 22, 2011

Apakah penyakit kelamin?

Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui perhubungan seks. Ia juga dikenali
sebagai sexually transmitted disease (STD) atau venereal disease (VD). Organisma
yang menyebabkan penyakit kelamin adalah terdiri daripada bakteria, virus atau
fungus.
Apakah jenis-jenis penyakit kelamin?
Berikut adalah jenis-jenis dan organisma yang terlibat:

STD

Organisma

Gonorea

bacteria Neisseria gonorrhoeae

Sifilis

bacteria Treponema pallidum

Non-gonococcal urethritis (NGU)

Chlamydia trachomatis

Vaginal candidiasis

Candida albicans (fungus)

Genital herpes

Herpes simplex virus type 1 & 2

Genital warts (Ketuat kemaluan)

Human papilloma virus

HIV/AIDS

Human immunodeficiency virus

Hepatitis B

Hepatitis B virus

Trichomoniasis

Trichomonas vaginalis

Bagaimanakah penyakit kelamin merebak?
Penyakit kelamin merebak melalui:
  • Perhubungan seks
  • Berdampingan secara fizikal dengan individu yang telah dijangkiti
Beberapa jenis penyakit kelamin boleh merebak melalui pemindahan cecair badan
(air mani dan cecair dari faraj) daripada individu yang telah dijangkiti
contohnya HIV, Hepatitis B, NGU dan gonorea.
Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan warts
boleh merebak melalui sentuhan kulit. Penyakit sifilis, hepatitis B dan HIV juga
boleh merebak melalui ibu yang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya
ketika dalam rahim atau sewaktu dilahirkan, penagih berkongsi jarum atau
pemindahan darah yang dijangkiti.
Tanda dan Gejala
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit kelamin?
Ia bergantung kepada jenis dan peringkat jangkitan tersebut. Kadang-kala,
pesakit tidak mempunyai sebarang tanda-tanda atau gejala (dikenali sebagai
asymptomatic infection).
Tanda-tanda jangkitan ini ialah:
  • Lelehan daripada kemaluan
  • Sakit semasa kencing
  • Luka atau ulser di bahagian kemaluan
  • Ketumbuhan di bahagian kemaluan
  • Bengkak kelenjar limfa di bahagian pangkal peha
  • Ruam di bahagian kemaluan dan anggota badan
  • Mata berair bagi bayi yang dijangkiti
Diagnosis penyakit kelamin
Bagaimanakah diagnosis atau pengesahan penyakit kelamin dilakukan?
Ujian darah dapat mengesahkan beberapa penyakit kelamin termasuk sifilis,
hepatitis B dan HIV. Ada juga yang dapat disahkan melalui lelehan atau sampel
cecair daripada kulit atau membran mukus.
 
Komplikasi
Sekiranya tidak dirawat awal, jangkitan kuman akan merebak ke organ lain
menyebabkan komplikasi:
  • Bagi lelaki, boleh merebak ke bahagian testis, vesikel semen dan kelenjar
    prostat lalu menyebabkan kesakitan dan kemandulan.
  • Bagi wanita, ia boleh mengakibatkan kemandulan, mengandung luar rahim atau
    jangkitan pelvis.
  • Bagi bayi, jangkitan herpes boleh menyebabkan buta atau terencat akal.
    'Congenital syphilis' di kalangan bayi menyebabkan kecacatan semasa kelahiran.
Terdapat beberapa jenis ketuat kemaluan menyebabkan kanser. Sebanyak 5-10
peratus penghidap hepatitis B menjadi pesakit kronik dan berisiko tinggi untuk
mendapat kanser hati.
Rawatan
Adakah penyakit kelamin boleh dirawat dan disembuh?


Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik, ubat anti-virus atau
anti-parasit. Lebih daripada satu ubat diperlukan untuk merawat dan menyembuh
penyakit kelamin. Tidak semua penyakit kelamin dapat disembuh.
Sesetengah penyakit kelamin boleh dirawat berdasarkan gejala-gejala seperti
ulser di kemaluan, lelehan dari uretra dan faraj. Ia dipanggil sebagai ???
Modified Syndromic Approach'(MSA) yang terdapat di klinik kesihatan
kerajaan.
Rawatan awal boleh mencegah jangkitan daripada merebak dan komplikasi :
  • Dapatkan rawatan segera daripada doktor berdekatan bagi antibiotik yang
    bersesuaian
  • Jauhkan diri daripada hubungan seks sebelum mendapatkan pengesahan doktor
    bahawa anda telah sembuh
  • Jangan ambil rawatan sendiri kerana ia dapat merencatkan gejala jangkitan
    dan menyebabkan komplikasi akibat rawatan tidak lengkap
  • Pastikan pasangan anda mendapatkan pemeriksaan lanjut supaya rawatan awal
    dapat diberikan sekiranya dia dijangkiti.
Pencegahan
Amalkan hubungan seks yang selamat

Penyebaran jangkitan penyakit kelamin dapat dielakkan melalui langkah
berikut:
  • Jauhi diri, jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks
  • Setia kepada pasangan anda.
  • Amalkan hubungan seks yang selamat seperti menggunakan kondom
  • Jauhi diri daripada alkohol sebelum atau selepas hubungan seks kerana ia
    menyebabkan hilang penilaian anda

No comments:

Post a Comment